Wednesday, November 18, 2015

Aisha Damia | 7 months young


Quick update of 7 months Aisha Damia. She started solid food at 6 months. Although I get to know that her daycare started to feed her nestum before she reached 6 months :( But xpela as long as she's healthy and growing up well. 

Started out with Apple Puree. She make sour face and start spitting so I stopped giving her apple. next, I tried giving her carrot puree. She eats it but she doesn't like it very much. Then, I tried to feed her blend plain porridge and SHE LOVES IT until she laughed and eat and smile at the same time. So anak melayu, melayulah jua ya. Hahahaha.

Then now, she started on oat. I bought rolled oat and blended it into fine powder. So, for breakfast and dinner its oat now. She likes it although its a terrible mess when its come to cleaning her face from the oat leftovers. Muahaha

She can combat crawling very well, She can sit but still need to tahan herself with one of her hand. She can stand on her own (holding to sides of fence or basket) weee. Alhamdulillah

She got her 2nd fever last week. It was viral fever. The symptoms was having high fever for 3 days then she start to have rashes started from her head to her legs. She became super clingy and easily cry (so unlike her). Ummi skipped study for a week to stay at home taking care of her. Cannot send her to the nursery because she might infect other kids at her age (6 to 12 months). She had recovered and Alhamdulillah her appetite is OK too now. 

Oh she went for her first bowling centre visit last weekend. We went to Ampang Superbowl Bangi Getaway which gonna be Papa's favourite lepak centre after this. Hihihi

That's all. Chow~

Tuesday, September 8, 2015

Aisha Damia | First Fever


Currently at KPJ Kajang. My princess admitted due to high fever. Demam since Jumaat malam. Sabtu pagi dah bawak pergi Paed near home then she confirmed that AD's throat x merah pun. Fever might be due to virus or infection. She just prescribed Paracetamol & bagi ubat punggung in case AD's temperature rise above 38.5C. 

Lepas bagi Paracetamol she seems to be ok but after few hours, her fever keep coming back on and off. 

End up Sunday her temperature rise above 38.5C. Masuk ubat punggung tu dia boleh poo poo lepas tu. But I believe ubat tu dah larut sepenuhnye. Hahaha

Monday morning her temperature is still high and AD start xnak minum susu. Minum pun alahai sikit2 not like usual. Monday tu pun is my first day of semester. Yeay! Haha. Memandangkan its been 3 days, I decided to bring her to Paed for blood test coz its feared to be dengue fever. Pergilah Az-Zahrah in Bangi coz her Paed near house to morning at Az-Zahrah, petang after 6pm baru in Bandar Seri Putra. 

After meeting with doctor, doctor cakap she needs to be admitted because its been 3 days and her fever and on and off is very dangerous. We waited awhile before meeting the doctor. Masa doctor check her temperature is 39C. Ambik kau. Terus doctor bagi ubat punggung. 

Doctor was trying hard nak admit her but no vacant bed in Az-Zahrah. She asks whether I wanted to be in the waiting list ke nak dia bagi refer letter. After consulting with my brother we decided to bring her to KPJ Kajang which not that near to our home but a bigger hospital. Cons is x dapat Paed yang dah biasa tu. 

From her blood test, her white blood cells count is high and doctor suspected UTI, Urinary Track Infection. She just recovered from 3 weeks diarrhea. I think that might be the reason behind the infection.

I went home with AD first nak packing things & waited for Mr.K to come home from work. Then, around 3pm++ we went to KPJ Kajang. Ingatkan boleh terus admitted rupanya kena jumpa Paed sini pulak. The worse part of it was kat sini pun katil penuh & we were in the waiting list! Kena tunggu orang discharge dulu. So, baliklah ke BSP balik while waiting for them to call. I cannot brain how a person entitled to be warded asked to go back & wait for their call 😓

Time Maghrib temperature AD dah naik balik. Ummi started to naik hantu called admission at KPJ Kajang telling them about her condition and asked how much longer we need to wait? Dia cakap just come to A&E they'll give her treatment and by the time the treatment completed the room will be ready. Sampai KPJ around 8.40pm. At 9pm diorang pun bagi ubat demam dalam syringe. I was like derrr I thought there was like special treatment ke apa. Bagi ubat demam aku pun boleh bagi kat rumah. Hahaha

After that tunggu pulak diorang buat admission procedure. Pukul 9.30pm baru naik bilik. 

Then bermulalah proses nak buat line drip for AD. The first nurse cucuk tangan kiri AD. First time ambik darah siap mcm perah2 tangan dia. The second time nak buat line but vein dia kembang diorang flush air inside. So xboleh guna utk drip.

Then they ask sister pulak buat. Sister tu cucuk pulak kaki AD. Still kembang bila flush air. Then they call nurse from nursery sebab kononnya they dealt with smaller veins everyday. The nurse came tebuk pulak tangan kanan dia. Still the same thing happen. Ummi memang nak naik hantu mengamuk dah. AD memang menangis kaw-kaw punya laaa. End up diorang cakap tunggu Paed sendiri buat esok.

The next morning pukul 4am AD start panas balik. Nurse bagi ubat & spray hidung then asked me to sponge her. Lepas sponge, she sleeps balik until the Paed make his round. He asks us to get ready dia nak make line for drip to AD. 

Masuk2 in the treatment room, the Paed asks the nurse to switch off the lights. He used torch light letak bawah tangan AD and we can see up to her bones. He marked dengan pen and then decided to see which one is the best. Lepas tu they switch on the lights and he started to tebuk her. Alhamdulillah, finally dapat jugak and the vein is ok even when flushed with water. 

Then we went for ultrasound. They checked her tummy and started to label all her glands. Kagum that we can see all that! Haritu masa pregnant x nampak pun kidney semua. Ke nampak but diorang x explain? 

Cerita nak collect her urine also satu hal. Kena put some kind of plastic bag in her pampers. Tapi sbb AD xnak minum sangat susah nak collect her urine to be tested. Alhamdulillah dapat jugak at last lepas balik from ultrasound tu. Finally she wants to drink lepas kena pujuk zikir-zikir sikit. 

Now, she's sleeping and I'm waiting for the urine test results and what's the comment from the Paed. 

I have 2 classes today. Reasearch Method 9-10am and Computer Vision 6.30-9-30pm. I missed the first class and kind of hoping I can go to the second one. But AD is most important. Classes can wait. Once she recover I'll have to speedlearn everything. May Allah ease

Cepat-cepat sihat ye anak Ummi. Ummi x sanggup tengok sayang x sihat 😭 I love you, baby!

Notakaki : Bilik kat sini besar & cantik tapi sayang I can hear baby from next door crying and her father sneezing 😓

Till then. 

Friday, September 4, 2015

My Bestie is Engaged!


Post ini ada sedikit syahdu sebab my bestie, my roomie is engaged to Mr.K's roomie! *Insert girl's cry here*

Ok here it goes. These two people was our pengapit during our wedding. Masa tu, they have no feeling to each other yet. Was just friends to friends gittew. Long story short, lepas habis UTP, me and Mr.K saje je la nak goo kan diorang ni. Tengok-tengok menjadi and last Sunday, 30 August 2015 was their engagement!! *Nangis lagi!*

X sangka my roomate kesayangan dah besar, dah jadi tunangan orang. Semoga Allah merahmati dan meredhai hubungan ini. Semoga dipermudahkan urusan untuk membina Baitulmuslim. I'll be waiting for next year! Hihi

Buat Anis sayang, jagalah diri, awak tu darah manis sekarang! Semut suka ok. Jangan nak main terjah je. X yah diet sangatlah kot. Nanti diet balik. Enjoy your life now. Habiskan sisa-sisa berseorangan ni betul-betul. Nanti dah berdua asyik nak berkepit je. Hahaha. 

Buat Zhaf, erm jaga diri and Anis. Tapi nanti lepas kahwin baru jaga betul-betul. Sekarang ni jaga hati Anis dulu. Itu yang penting. Aicewah! 

To both of you, jagalah hati. Masa bertunang ni banyak dugaan. Kalau tiba-tiba nampak ada orang yang lagi best dari pasangan kita tu, tutup je mata sambil cakap 'COBAAN!'. Itu semua godaan syaitan. Be safe, be happy!

Ok layan gambar pulak.

The guys

Me, my kids and my roomie

The tunangan orang :'(

UTPians galfriend

Habis dah tudung seorang Ummi terkelepet

Nangis lagi. Aku emo betul. Hahahhaa

Ok, tu je. Bye!

Thursday, September 3, 2015

Aisha Damia | Membesar dengan Jayanya Part 1


Post kali ni just nak jadikan catatan milestone lil AD untuk dijadikan rujukan untuk diri sendiri dan adik-adik AD nanti. WOW! Hahahaha

Masa awal-awal AD lahir, masa dalam pantang, seorang Ummi sangatlah x reti nak handle. Dia dah umur sebulan baru Ummi beranikan diri nak bagi mandi. Sebelum tu? Memang Maktok aje yang handle *Peace yaw! Anak bongsu kata*

AD's first few days in this world

Memalam masa dalam pantang memang AD x tido straight. Kejap-kejap bangun lapar, kejap-kejap bangun mengamuk. Ummi xtau nak apa. Ummi mmg x pandai handle dia masa tu. Hari-hari pukul 4.30 pagi macam tu, lepas Maktok dah bangun memang Ummi pass je AD ke Maktok and Ummi sambung tidurrr. 

AD Cukur Rambut

AD cukur rambut masa sebulan. Dah sebulan baru nak cukur rambut. Sebabnya cari orang nak cukur kat Selangor tapi x ramai yang nak. Siap kalau nak cukurkan kena pergi fetch and hantarkan diorang tapi macam mana nak pergi ambik? Ummi kan tengah pantang. So decide nak cukur masa dah balik Penang.
Papa and AD yang dah botakhead. Licin! 

AD First Flight Adventure

AD first time naik flight masa umur dia 30++ hari. Balik from Penang ke KL. Papa g offshore masa tu. Sebelum Papa gi offshore Papa hantar AD, Ummi and Maktok balik Penang. Plannyer Papa nak balik Penang lepas balik dari offshore ambik Ummi, AD and Maktok balik. Tapi lepas 5 jam straight dalam kereta dalam keadaan Ummi yang xberapa nak gagah and AD yang masih kecik, we decided untuk balik KL naik flight jer. 

So, first time AD naik flight dengan Ummi and Maktok jer la. Papa pulak parking kereta kat KLIA2. Kononnya senanglah nanti nak balik rumah kakak kat BSP naik kereta x yah orang datang ambil. Sekali masa dah sampai KLIA2 tu, kereta boleh unlock tapi x ley start enjin. Ingatkan bateri problem. Sampai last-last Babayie and Ibu datang ambik kat airport sbb sampai sudah kereta x ley start. Lepas Papa balik baru dapat tau masalah dia ada chip dalam kunci kereta Ummi jatuh so xley start kereta. Papa balik, start kereta relax jer. Saje nak bagi kenangan untuk AD's first flight adventure.

AD First Pindah Rumah

Sebelum ni rumah kat Setapak. Start duduk masa bulan December 2014, AD 5 bulan dalam perut. Pantang pulak kat rumah Ibu at BSP. Sebelum duduk Setapak, Ummi and Papa duduk kat BSP dgn Ibu and Babayie la. Then masa tengah pantang, Papa kena pergi offshore then dok pikir la nanti kalau Papa asyik kena outstation Ummi and AD macam mana nak terkontang-kanting kat Setapak berdua jer. So last-last decide nak menyewa kat BSP dekat dgn rumah Ibu and Babayie senang nak mintak tolong apa-apa.

Jadi, masa AD umur 40 hari, dapat pindah rumah dekat jer dgn rumah Ibu and Babayie. Dekat sampai Papa selalu jer jalan kaki dari rumah ke rumah Ibu and Babayie. Belakang rumah pulak ada playground. Nanti AD besar sikit bolehlah pergi main kat situ. Hihi

Pindah barang memang Ummi cuci tangan. Papa dgn Maktok la yang banyak buat. Ummi kan tengah pantang. Hihi

AD First Meniarap

Masa umur AD dua bulan setengah Ummi start hantar nursery half day. Mula-mula memang xnak hantar sampai Ummi start belajar. Tapi ada budak merap Ummi sangat sampai Papa bagi susu dia sembur-sembur. Ummi dgn Papa pun decide hantar g nursery half day. Masa ambik AD first day tu Nenek bagitau AD dah pandai meniarap. Ummi dengan Papa terkejut betul. Balik-balik tu AD dok tunjuk skill lagi nak meniarap. Ummi sangat kagum sampai menitis air mata wanita. Kejap je dah besar sayang Ummi ni

Sekarang dah terer sangatlah meniarap. Siap dah buat helicopter pusing-pusing mencapai barang

AD Sekarang (4 bulan 1/2)

Alhamdulillah sekarang AD 4 bulan setengah. Sekarang dok angkat kaki straight and tonggek-tonggek nak merangkak. Semalam Ummi acah-acah AD, tetiba dia reverse! *Insert emoticon terkejut Whatsapp*

Makin lama makin jauh dia reverse dari Ummi sambil gelak-gelak. Subhanallah! Kagum betul dengan skill dia. Ummi x ajar pun. Its all skill from Allah!

AD dah boleh duduk diam-diam main toys, grab and shake rattles sorang-sorang. 

Sebelah tangan peluk Lion, sebelah lagi goncang-goncang rattles

Dah x nangis memalam. Tido straight je 4 5 jam kalau dah minum kenyang awal tu. Ummi boleh handle sorang-sorang dah and the best part is Papa pun boleh handle AD dah! :D Ummi so happy! AD is also so happy! Asyik gelak mengekek je kalau kena agah tu. Ummi rasa nak gigit je pipi chubby tu.

My cheeky girl <3 p="">
Kalau gelak sampai nak gusi tu kira happy habislah. Cukup makan, cukup tidur.

Cubaan untuk clap hands

Alhamdulillah. Lepas ni bolehlah Ummi pergi spa and saloon balik *Note to Papa ya*

Papa anak bonding time

Oh Papa pun ada milestone. Sekarang ni Papa suke masak! Hari-hari Papa masakkan bekal breakfast untuk Ummi and Papa. Ummi so happy x payah turun makan kat kafe. Boleh jimat duit. Harini menu Nasi Goreng Kasih Sayang. Ummi sayang nak habiskan sebabnya nanti habis pulak Kasih Sayang tu. Kihkihkih

That's all for today! Next week Ummi officially a Master student. Buat research sambil ada 2 courses Ummi ambil sebab from Engineering Ummi switching to IT student. So, kenalah belajar lebih sikit. Sesapa yang ada ilmu lebih in IT specifally Multimedia, specific lagi MATLAB, meh la ajar Ummi sedikit sebanyak yer. Saya budak baru belajar *Wink3*

Gambar raya family. Hii


Ok, till then~

Notakaki : Maaflah ambil gambar dari Instagram je. Ummi malas nak connect phone ke laptop. Haha

Tuesday, August 18, 2015

Johor Bahru Ad-hoc Trip

Assalamualaikum & Hi!

Just got back from Johor Bahru this morning and here I am in the lab studying. Last Friday, Mr.K went to JB for a day trip and get to know that he need to go to JB again on Sunday afternoon as the project he's working on is having a test on Monday morning. After bolak-balik and a lot of questioning, pro and cons calculation, we decided that we'll all go to JB with him. Hihi

Budak gembira pergi jalan-jalan :)

Sunday afternoon we bertolak from Bandar Seri Putra and reached JB around 5pm. Checked into the hotel and settle down. Decide to keluar jalan-jalan after Maghrib. Dah ada anak kecil, kena jaga la time Maghrib cannot be outside and so on. Lesson learnt the hard way! Hahaha

Time nak pergi dinner

After Maghrib, Mr.K cakap nak bawak makan at Danga Bay. Sampai-sampai nampak Marina Club macam x sesuaiiii jer. Jalan-jalan nampak Restoran Singgah Selalu and decide to eat there. Was preparing our mind yang nanti makan will be surrounded with asap rokok and so on. Sekali Alhamdulillah ada indoor table yang siap berair-cond. Little Damia tidur dari lepas order sampai nak balik lepas makan. Puas Ummi and Papa makan sedap-sedap!

For dinner we had tomyam campur, butter prawn (Subhanallah sedapnyaaa!), kailan ikan masin, daging black pepper (ni pun sedap and pedasss!). Siap dessert ABC and banana split ok! Hahaha

Lepas makan, nampak Istana Bukit Serene. We stopped by and take pictures there! Nice sangat! Love the crown-shaped pintu gerbang and ada guards ala-ala at Buckingham Palace ok! 

The crown!

Happy family. Damia, kenapa terkejut?! Haha

With the guard

The next morning Mr.K went to work in Pasir Gudang and me and my little angel go had breakfast for one at the hotel. Mula-mula tawakkal xnak pergi makan nak beli roti jer kekonon sebab takut xleh handle dia sorang-sorang dengan nak makannyer kan. But the tengok she's sleeping elok je terus zasss letak dia dalam stroller turun makan. Alhamdulillah she slept sampai balik bilik :D Tapi xde la nak ulang-ulang ambil makanan banyak-banyak kali. Ambil sekali then makan diam-diam je la. Hahaha. Itu pun ambil makanan sebelah tolak stroller sebelah. Gigih betul seorang Ummi ni.

Papa is serious!

Sleeping Damia teman Ummi makan

After that mulalah aktiviti nak buat coding sambil menjaga anak. Time dia ok, bukaklah Matlab la ape. Baru je nak start dia dah bising ngantuk nak tidur. Lepas bagi dia tidur nak wat research sekali tgk the laptop x dapat connect dengan wifi hotel. Dah satu hal call IT for help and so on. Sekali yg datang was the receptionist sebab IT sibuk. After awhile baru IT nak sampai. Sebelum IT sampai si budak kecik tu dah bangun. Wassalam je la research Ummi pada hari itu. Hahahaha

Budak pantang nampak Ummi

My lunch. Mee mamak RM5 at the hotel. Weee~

Malam tu Mr.K ajak g makan kat Singgah Selalu lagi sebab banyak lagi benda nak makan. So dinner was Sirloin steak (OMG menjilat jari hokey) and Mr.K had Mi Singgah Selalu. Then mulalah merepek ambik fruit salad, squid goreng macam uncle bob dengan takoyaki. Hahahaha

After dinner, Mr.K bawak for a drive and I love this view!

This morning pukul 7 lebih dah checkout balik BSP. Sampai lab around noon. Rasa sangatlah efficient ya. 

Senyum bila dah sampai pagi tadi. Senyum comel-comel pun kena go school ok sayang

OK. Till then. Daa~